Pergerakan Kali Kedua ke Rom Lucius_Cornelius_Sulla

    Maklumat selanjutnya: Sulla's second civil war

Pada tahun 83 BC Sulla menyediakan 5 legionnya dan meninggalkan 2 legion yang sebelumnya di bawah Fimbria untuk mengekalkan keamanan di Asia Kecil. Pda musim bunga tahun itu, Sulla menyeberangi Adriatik dengan armada besar dari Patrae, barat Corinth, ke Brundisium dan Tarentum di tumit Itali. Mendarat tanpa tentangan, dia diberikan peluang yang mencukupi bagi persedian untuk perperangan yang akan berlaku.

Di Rom, konsol yang baru dilantik, Lucius Cornelius Scipio Asiaticus dan C. Norbanus mengerah dan menyediakan tentera mereka sendiri bagi menghalang Sulla dan melindungi kerajaan Republikan. Norbanus yang pertama bergerak dengan tujuan menghalang kemaraan Sullan di Canusium. Kalah teruk, Norbanus terpaksa berundur ke Capua tetapi tiada rehat. Sulla mengekori musuh yang ditewaskannya dan memenangi satu lagi kemenangan dalam tempoh yang singkat. Sementara itu Asiagenus turut berbaris ke selatan dengan tenteranya sendiri. Bagaimanapun, Asiagenus atau tenteranya, kelihatannya tidak memiliki kecenderungan untuk bertempur. Di bandar Teanum Sidicinum, Sulla dan Asiagenus berjumpa berhadapan untuk berunding dan Asiagenus menyerah tanpa bertempur. Tentera yang dihantar untuk menghentikan Sulla teragak-agak uantuk bertempur dengan veteren yang berpengalaman, dan pastinya dengan gesaan pengitip Sulla, meninggalkan tujuan mereka, sebaliknya menyertai pihak Sulla. Tinggal tanpa tentera, Asiagenus tidak memiliki banyak pilihan kecuali untuk bekerja sama dan tulisan Cicero berikutnya mencadangkan bahawa kedua-dua mereka telah berbincang mengenai banyak perkara berkaitan kerajaan Rom dan Perlembagaan.

Sulla membenarkan Asiagenus meninggalkan kem-nya, benar-benar mempercayai bahawa Asiagenus sebagai penyokongnya. Asiagenus kemudiannya dijangka menghantar syarat kepada Senat tetapi sebaliknya terus membatalkan sebarang buah fikiran untuk menyokong Sulla sebaik sahaja dibebaskan. Sulla kemudiannya mengistiharkan dihadapan umum bahawa bukan sahaja Asiagenus akan dihukum kerana menentangnya, tetapi semua orang yang terus menentangnya selepas pengkhianatan ini akan berhadapan dengan akibat yang buruk. Sungguhpun begitu, dengan tiga kejayaan pantas Sulla, keadaan bertukar menjadi semakin baik pada pihaknya. Ramai yang memegang kuasa, yang belum mengambil bahagian dengan jelas, kini memilih untuk menyokong Sulla. Yang pertama dari mereka adalah Q. Caecilius Metellus Pius yang memerintah Afrika. Musuh lama Marius, dan dengan itu juga terhadap Cinna, memilih untuk memberontak secara terbuka menentang pasukan Marian di Afrika. Bantuan tambahan datang dari Picenum dan Sepanyol. Dua dari tiga triumvir akan datang memilih untuk menyokong matlamat Sulla dalam usahanya mendapatkan kuasa. Marcus Licinius Crassus berbaris masuk dengan tentera dari Sepanyol, dan kemudiannya akan memainkan peranan penting semasa Pintu Masuk Colline. Anak muda Pompeius Strabo (penyembelih Asculum semasa Perang Social), menubuhkan tenteranya sendiri dari kalangan veteren bapanya dan memberi sokongannya pada Sulla. Pada usia 23, dan tidak pernah memegang jawatan Senator, Pompey mencelahkan dirinya dalam arena politik dengan sokongan tentera.

Walau bagaimanapun, perang terus berlarutan dengan pihak Asiagenus menubuhkan tentera pertahanan lain. Kali ini dia menumpukan Pompey, tetapi sekali lagi tenteranya meninggalkannya dan menyertai musuhnya. Akibatnya, rasa terdesak timbul di Rom ketika pengakhiran tahun 83. Pihak Senate melantik kembali Papirius Carbo, Konsol bersama lama Cinna, untuk penggal ketiganya, dan Gaius Marius yang Muda, 26 tahun anak kepada jeneral hebat, untuk penggal pertamanya. Berharap untuk memberi inspirasi pada penyokong Marian sepanjang dunia Rom, kerahan bermula dengan hebatnya dikalangan puak Itali yang sentiasa taat pada Marius. Sebagai tambahan, mereka yang mungkin menyokong Sulla dibunuh. Praetor bandar L. Junius Brutus Damasippus memimpin penyembelihan Senator yang kelihatannya cenderung kepada pasukan penceroboh, satu lagi peristiwa pembunuhan dalam putaran keganasan sebagai alat politik pada Akhir Republik.

Ketika kempen tahun 82 BC bermula, Carbo membawa pasukannya ke utara bagi menentang Pompey ketika Marius bergerak menentang Sulla di selatan. Cubaan bagi mengalahkan Pompey gagal dan Metellus bersama pasukan Afrikanya bersama Pompey mengukuhkan Itali Utara bagi Sulla. Di Selatan, Marius muda mengumpul hos besar Samnites yang pasti kehilangan pengaruh dengan penguasaan anti-popular Sulla di Rom. Marius bersemuka dengan Sulla di Sacriportus dan kedua pasukan bertempur dalam pertempuran yang panjang dan mendesak. Pada akhirnya, ramai pengikut Marius berpaling tadak menyertai Sulla dan dia tidak memiliki pilihan tetapi berundur ke Praeneste. Sulla mengekori anak musuh ketatnya dan mengepong bandar tersebut, meninggalkan orang bawahannya sebagai ketua. Sulla sendiri bergerak ke utara bagi menekan Carbo, yang telah mengundur ke Etruria bagi menghalang antara Rom dan pasukan Pompey dan Metellus.

Pertempuran tidak menentu berlangsung antara pasukan Carbo dan Sulla tetapi Carbo mengetahui bahawa matlamatnya telah gagal. Berita tiba mengenai kekalahan Norbanus di Gaul, dan dia turut berpaling tadah menyertai Sulla. Carbo, terperangkap antara tiga tentera musuh dan tanpa harapan untuk diselamatkan, lari ke Afrika. Ia bagaimanapun bukanlah berakhirnya tentangan, kerana sisa pasukan Marian kembali berkumpul dan berusaha beberapa kali untuk membantu Marius muda di Praeneste. Satu pasukan Samnite di bawah Pontius Telesinus menyertai usaha bantuan tetapi gabungan tentera masih gagal mengatasi Sulla. Disebalik terus untuk cuba menyelamatkan Marius, Telesinus bergerak ke utara untuk mengancam Rom.

Pada 1 November 82 BC, kedua pasukan bertemu dalam pertempuran di Pintu pagar Colline, hanya di luar Rom. Pertempuran adalah besar dan amat sengit dengan kedua pihak pasti kejayaan mereka akan menyelamatkan Rom. Sulla ditolak kuat di sayap kiri dan keadaan amat merbahaya sehinggakan dia dan orang-orangnya ditolak membelakangi dinding kota. Pasukan Crassus, bertempur di sebelah sayap kanan Sulla bagaimanapun berjaya mengatasi sayap musuh dan mengundurkan mereka. Pasukan Samnites dan the Marian mengalah dan lari. Pada akhirnya, lebih 50,000 pejuang kehilangan nyawa mereka dan Sulla berdiri sendirian sebagai tuan pada Rom.

Rujukan

WikiPedia: Lucius_Cornelius_Sulla http://books.google.bg/books?id=Z0Ykf4G40EMC&pg=PA... http://books.google.com/books?id=1DwOAAAAQAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=xOr9XsicOs8C&pg=P... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Gazetteer/Pl... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/...